Thursday 27 August 2009

Alasan berbohong

aku tertarik dengan satu artikle kt kosmo..buat tatapan korang...

1. Balas dendam

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

2. Urutan kasih

Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

3. Kekerasan

Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

4. Hambar

Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.

Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

5. Seks

Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.


6. Cadangan

Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.

Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

7. Jejaka bermasalah

Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

8. Hubungan tiada kesudahan

Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

9. Bosan

Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.

Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

10. Hubungan tidak diduga

Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

Monday 24 August 2009

fasting month.....


dah masuk 3 hari aku berpuasa...tapi satu hari pun belum merasai nikmat berbuka puasa...1st day aku kna serang dengan gastric and chest pressure (still puase,), 2nd day ak keje part time buke puasa minum air jer pkul 9 bru g makan kat cafe..huhuhu...sedih gler beb...hari ni third day ak puasa..still kne g keje gak, buke tu xtau lg mcm mane, tapi ak harap ok la....tp arini ak just nak mkinum air jer then makan bla dah abis keje nanti...bla la nak merasa berbuka dengan nasi kerabu ni???sambal ayam,telur masin...huhuhuuu....

Saturday 22 August 2009

i give u all up..im taking back my love!!


kenapa aku jadi begini???
bukan ini tujuan hidup ku,
tapi ini yang selalu bahagiakan aku...

kenapa aku di layan sebegini??
semua yang menyayangiku,
menyayangi aku dengan material...

semua diberikan kepadaku,
segalanya ditunaikan tanpa hampa,
tapi aku tak pernah minta...

aku selalu merungut,
mahu dikasihi dan disayangi,
bukan aku untuk materialmu...

sayangkah mereka padaku?
tapi kenapa tidak mereka tunjuk sayang itu?
itu aku mahu...

kini aku sudah mula berputus asa,
mengharap kasih tak berkunjung jua,
walau aku selalu mencubanya...

material,
bukan itu aku mahukan,
kerana ia mampu ku mencarinya...

hatiku sudah mula meronta,
ingin pergi jauh dari sini,
tapi aku masih mahu disini...

"pergilah!"
"keluarlah dari sini!!!"
itu kata yang pernah diungkapnya...

aku nekad!!!
aku mahu pergi,
namun aku hanya tangisi untuk ini...

aku takut namun aku akur,
aku masih mengharap kasih,
walau itu menbakar diri...

kini aku mula berdikari,
tidak mahu lagi mengharapi,
kerana mahu bersendiri...

nun jauh pandanganku,
islam itu masih dihati,
tapi jauh disana kau masih menanti...

seluruh jiwa aku beri,
kenapa kau tidak sedari,
walau sering aku memberi...

kenapa aku menulis ini?
kerana ini luahan hati,
untuk mereka aku sayangi...

Thursday 20 August 2009

the aquaria...

semalam aku nak post ni tapi xsempat plak..tapi arini aku nak post la....pas kelas semalam aku rasa sungul sgt n terasa mcm sedih pu ade..ye la bru kna marah ngan org aku syg huhu...aku trus dari uitm g pkns n singgah guardian n bli sedikit kosmetik untuk lelaki (muka kna gak jaga)...

then aku pun terdetik hati nak bli aquarium untuk lintah2 aku...singgah la kat kedai ikan s 2...pusing2 tgk ikan arapaima yg besar then terdetik nak g satu part yg aku rasa mcm xpnah masuk....

ni entrance nak masuk..unique kan??
lucky pond...kolam ni byk duit syiling..ikan dia plak wow cantik gle mcm jewelerry...

arowana...sombong nye...bakar kang bru tau..
comelkan...ni penyu air tawar

ikan belang tu ikan harimau..yang ni ikan kerapu kot..
ikan flowerhorn merah...

jelingan matanya yg tajam je..
ni kaloi

nampak sombongkan...
ni ikan jaw mini

ni ikan paling unik nama dia ikan buaya darat..yang blakang tu species dai gak mcm leapord kan...
ikan pari bakar satu....
kaloi putih..lonely jer dia...kecian jer..


bawal putih
ikan patin putih comel kan....

ni jer yang dapat aku aku tangkap..tapi semua dalam akuarium..hehheee....serious aku rase tenang gle bla tgk ikan2 ni..hilang tension...

strawberry choclate.............

hari isnin aritu roomate aku nak sangat suruh aku buat strawberi choc, mtk aku bli cabury choc then aku pun buat la kat diaorang..


first aku suruh diorang isi air dalam rice cooker n biar panas then masuk mangkuk hijau tu..aku pun pas mandi jer(bru balik keje) aku pun meltkan choc tu....


aper lagi trus aku tgu choc tu sejuk skit then i dip the berri, angkat n let it cool...sorry la apparatus xcukup so gune ape yg ader jer...

last skali bla dah beku aku pun serve la kat diorang ...tgk rupa decorate mcm xsedap n xlawa..tapi bla diorang dh mkn...smpai menjilat jari..xcukup dgn tu siap suruh aku buat lg..tapi kali ni aku nak paki grapes plak..

On d run Stay up

Pas je punch card abis keje, ak trus blik blk...mandi mkn sushi ngan roomate jap.ak trus kua std ngan member kt on d run.sje nk tkar angin hehe, nk try.plan nk std kt mcd tp full plak...tp petrol station ni lyn lagu2 retro xmatch plk ngan mentality ak.tp lyn je le..demi neuro esk...

Tuesday 18 August 2009

snow flakes..

semalam aku tdo lambat pkul 4 bru nak tdo...mata dah  jadi mcm panda pun ade...
bangun jer nak solat subuh, sejuk jer suhu time tuh...sejuk gler sampai aku rasa mengigil...2 jam tdo untuk hilangkan letih aku sambung balik study..NEUROLOGY quiz agak merisaukan aku..ape tak nye kalu xtau mean xtau la nak jawap..fail la...badan rasa lemah sgt nak g cluz..b4 sampai fakulti aku singgah jap kat vendor machine bli lemon tea...favourite aku..sejuk jugak...perasaan aku pun hari ni sejuk  jer rasanya...jawap quiz pun cool jer...nak tak nak aku terpaksa lerr jawsp...kearh otak sampai ingat...now aku nak g keje plak...aper plak arini nyer agenda aku pun xtau..kalu kna jaga market ok gak...k..ye...

The light of my life...

Ni novel meyer yg 1st edition of twilight..ni ak bli smate2 nk sgt bc..nk pjm kt kwn ssh plk xtau ble nk abis bc.bli sndr anytime bley bc.ok nk smbg bc novel ni...

Saturday 15 August 2009

soalan yang tak pasti jawapannya...

boleh tak korang tolong jawap soalan ni....

1. dalam hati korang ade seseorang yg korang sgt sayang tapi..kasih tu xjelas..aper korang buat?
2. sanggupkah korang menunggu seseorang yang korang cintai hingga akhir hayat?
3. andai orang yg korang sayang tu meninggal depan korang, ape yg korang buat?
4. si dia dh pergi menyahut seruan ilahi, ape korang buat..since korang still syg dia lagi..
5. penah tak korang bayangkan yg korang akan kehilangan org yg korang sayangi?
6. penah tak alami korang sayang kat si dia tapi dalam masa yg sama dia sayang orang lain..dia tau yg korang sedar tapi dia menafikan...
7. andai korang yg mnyahut seruan ilahi, aper korang rasa time tu?
8. korang pernah sepi tak?
9. takdir, adakah setiap benda yg berlaku kat kita adalah mengikut takdir??
10. macam mane korang buat untuk tidak terus berharap pada yang tak sudi??


thanks to saper2 yg sudi jawap soklan ni...its very meaningful..

leeches

ni semua gambar2 yang aku tangkap time aku buat leech therapy..ngeri gak nak buat kat org tapi nak tak nak tpaksa la buat..skrg aku tgl lg 200 ekor lg nak buat exp..

birthday d asian cuisine

thanks to my best frenzzzz...
skin.shah and fariza..
ingat gak korang nak celebrate birth aku kan..nasib baik lg...
anyways thanks la geng...

neurology

next week mggu paling busy yang bakal aku hadapi...
nak keje lg, project lg n test yg mula menimbun..
tapi kali ni test neuro..aku dah agak cuak skit nak test neuro ni..
tapi xper dengan bbkal 3 hari cuti aku akan pulun habis2an untuk 4 chapter neouro..

Thursday 13 August 2009

kapal perang jepun..


stress project..nak siap cepat!!!


dalam masa nak siapkan projek ni la mcm2 yg jadi..
1. H1N1 wabak yg limitkan tempat nak buat projek
2. tpaksa buat part time nak sara diri huhu...
3. nak study la???
4. neuro mcm dh semakin critical jer..

aper pun aku kna spend weekend ni nak study ler...neuro ngan animal..huhu...ader saper2 nak advise tak???stress la...

Thursday 6 August 2009

bukan sepi tapi tiada yang hadir...


ader kawan2 yang tnya knaper tak update blog???
apsal dah xaktif ni????
kengkawan bkn xnak aktif tapi byk commitment lain..
terpaksa lerr kurang2 aktif dpn laptop ni..
even not too popular tapi aku try la muatkan crite2 yg best kat blog aku ni..
so if there any comment yes plez..
aku xkisah janji ader yg singgah kat blog ni...