Wednesday 30 September 2009

diam tanpa suara....



seriously dah masuk 3 hari aku tak berkata2 ketika berada di bilik...hampir semua percakapan aku melalui tulisan samada dengan sms or hand writing...
ramai yang cakap pelik tapi ni adalah satu option dimana aku terpaksa buat begini dari aku dilukai lagi...

sekarangluka aku berdarah kembali so aku takkan berkata-kata hingga dia kembali padaku atau aku pergi jauh dari sini...

satu janji pada diri aku untuk trus jadi begini, bercakap ble perlu n needed...biar tulisan jer yang dapat jadi penrantara kata....

Monday 28 September 2009



Good boy goes bad.

Good boy goes bad. Bila seorang yang baik mula mengenal erti jahat.
Hidupnya penuh dengan pegangan, jahat itu neraka, baik itu syurga. Tak terdetik ingin melakukan kejahatan, tapi selalu bertindak nakal. Jahatkah dia? Bukan!!! Tapi dia hanya nakal. Nakal itu lumrah hidup, siapa2 pun bertindak nakal. Ada manisnya andai nakal, tapi ada jua keburukan menantinya.

Hidupnya dulu penuh keamatan, penting diri menuju kejayaan. Yang kini membawa dirinya di gadingan. Bersyukur, doa bakal jadi kenyataan. Hidup mula berpegang teguh, asal mahu semua jadi. Tidak pernah sesekali mengaku mahu menundur diri dari apa yang dimahunya. Walau tahu itu bukan pasti.

Semua itu mula pergi, pergi bukan kerna dia putus asa tapi pergi kerna kelalaian dan keghairahan dia dengan keseronokan dunia yang hanya janjikan kebahgiaan dan keseronokan yang sementara. Seronoknya itu umpama segalanya ada segalanya happy seolah tiada apa yang mampu menghalanginya, bermain bersuka menangis segalanya dipenawarkan. Penawar itu mulakan langkah mahu berteman jauh dari yang akil. Menjaga, menyayangi, berkasih. Namun dia sambut akan keikhlasan penawar hulurkan, mula merobek dinding pegangan yang tidak pernah runtuh dek godaan. Tak roboh pegangan itu, tapi di biar bersawang berabuk sendiri.

Kini hidupnya bukan lagi macam dulu, kebahgian yang penawar bagi itu hanya sekadar penyubat sunyi penawar. Penawar adalah ubat yang mampu mencari setiap satu sakit yang mahu ia ubati, kini dia temui apa yang dia mahu ubati. Tinggallah dia sendiri terkapai-kapai tanpa tahu apa yang mahu dibuatnya. Hilang gantungan kasih, sayang yang tak sampai tak disahut. Tergantung tanpa bertali, sesak untuk berjalan keluar. Sesat di pertengahan rasa.

Takutnya kini semakin memuncak, takut? Takut akan hilang penawarnya, hilang kasihnya, hilang rindunya dan hilang permata yang ada di hati. Mahu sahaja dia pergi jauh tanpa melihat mendengar suara penawar. Tapi itu tak mampu untuknya, kerasa rasa saying itu masih ada masih mahu disayangi. Aduh parah hidupnya sekarang, apa yang dia mahu buat kini. Tiada yang mampir membantu.

Tiada siapa yang mampu memahami apa yang tersurat di hati, ibu family dirahsiai. Risau mereka bawanya pulang dan dia mungkin jauh nanti. Arghhh… dia mesti buat sesuatu anta masa depan atau mimpi ngeri yang selalu buat hidupnya ngeri dan ketakutan. Budak baik yang jadi jahat bukan atas kehendaknya, mungkin ini ujian dari ya ilahi yang mahu menguji ketabahan dan keikhlasan dia berjuang untuk masa depan dia.

Budak baik jadi jahat, kau mapu menjadi baik semula. Sinar tu ada dihadapan, tuhanmu mahu membantumu membimbingmu tuju kejayaan. Tabah ya budak mahu jdi baik kau mampu buat itu terjadi okey.

p/s : diakui memang sukar nak memahami artikel diatas.

Puitis buat mu….



Puitis buat mu….
Sekian lama kau ku kenali,
Tak pernah ku kau kecewakan,
Sungguh indah hidup ditemani,
Inilah indah hidup diidamkan…

Sakit tangisku Selalu kau pujuk,
Tak pernah mahu melihat kesedihanku,
Kecerianmu jadi penyejuk,
Andai duka datang menyerbu…

Dimana saja ku kau jaga,
Setiap satu mesti dikira,
Agar ku kau lihat gembira,
Baru Terukir senyumu dimuka…

Pahit manis kita tempuhi,
Getir hidup kita robohkan,
Tiada sedikit dengki dihati,
Sehingga ada yang cemburukan…

Cemburu,
Selalu saja ada dihati,
Kadang diri terkeliru,
Mahu diri lebih disayangi…

Sayangnya diriku padamu,
Tidak pernahku ragui,
Ikhlas dihati tiada jemu,
Meniti kebahgian yang menanti pasti…

Bahagianya hidupku,
Ada yang mahu sayangi,
Tiada lagi yang kuragu,
Andai ia ikhlas dihati…

Selamanya ku terhutang budi,
Dengan kasih yang diberi,
Akan ku balas satu hari nanti,
Agar kau selalu dihati….




Kerna kau ku sayangi,
Kau juga begini,
Saling membalas kasih diberi,
Inilah kasih yang dirahmati…

Selanya kau ku cintai….




Reba hidup...



Reba hidup...
ku merenung jauh ke langit biru,
menikmati keindahan ciptaan ilahi,
ku terasa damai disepak angin bayu,
satu nikmat yang masih kuperolehi…

deras muara jelas kudengar,
sejuknya cukup menyegarkan tubuhku,
kenapa kini baru ku sedar,
akan nikmat yang tuhan beri padaku…

selalu ku merintis akan susah hidup,
selalu merungut kesempitan dialami,
tak pernah sedikit merasa cukup,
seolah tidak bersyukur pada ilahi…

sedarku kini,
tidak pernah tuhan lupa diriku,
tiada apa yang perlu ku sangkali,
kerana tuhan itu satu…

reba hidupku,
terlalu semak didasar benak,
terlalu susah untuku sapu,
terluka terguris perit sejenak…

semuanya tampil penuh berliku,
sesatku sekali merana diri,
tapi apakan dayaku,
aku harus jadi berani…

kini ku berdiri,
menahan perit didada,
menahan sakit terperi,
mengejar apa yang ku pinta…

kejarku kini sampai kehujung,
namun tiada Nampak hasilnya,
tapi aku tidak tersadung,
kerana bukan aku berputus asa…

putus asa tidak sekali,
kerana kutahu ikhtiar hidupku,
mencari lubuk untuk rezeki,
walau jalan penuh berliku…

liku-liku itu kutempuh,
demi impian bersarang dihati,
nyawa ini ku pertaruh,
demi kehidupan yang kuingini…


kehidupanku selalu terasa sempit,
terlalu mahu kemewahan diri,
selaluku terasa perit,
andai tidak kuperolehi…

reba hidupku,
ku janji kau ku musnahi,
agar jalan tidak berliku,
dengan rahmat yang diberkati…




Monday 14 September 2009

KESEPIAN...

SEPI...kesepianku
ibarat anak2 kecil merindui kasih,
termenungku seketika merenung jauh
memendam rindu yang ntah kemana

alangkah satu keindahan andai yang tampil
berkongsi segala yang merunsing difikira
berkongsi segala perit getir hidupku
bersama menikmati kebahgiaan dikecapi.

namun hingga kini tiada yang hadir
hadir cuma untuk bahgia bersama
tiada yang hadir untuk kongsi derita ini
ini bukan yang ku mahu

kini aku hanya mampu menanggung beban
argh tak mengapa ini takdirku
hanya mampu ku buat hanya redha
segala yang terjadi

tuhan itu adil
dia memilih untuk aku mengahadapi semua ini
dia tau yang hanya aku mampu untuk hadapi semua ini
tiada yang lain mampu

redha itu pasti
kebahgian mungkin menanti,
harapanku agar ianya pasti
agar hidup ini sentiasa happy...

Sunday 13 September 2009

a bowl of cereal grain and cub cameron tea...

menu berbuka aku harini "a bowl of cereal grain and cub paperminth tea..."...
wah..bestnye dapat hirup cameron tea panas2...

harini aku dikecewakan lagi sekali tpi lagi teruk dari hari sebelum ni..
aku decide untuk berbuka dengan ape yang ade kat bilik jer..
thanks tp pappersi coz bagi aku mint tea...

ade gak di ajak berbuke kat psi tapi aku jer yang menolak..
bkn kerana memilih tapi kerana aku kecewa lagi..
sorry pappersi..

after solat maghrib aku terus datang menghadap depan laptop aku,
nak kongsi yang ini kali kedua aku berbuke mcm ni dalam hidup aku...
rukawa arini berbuke dengan koala, huhuuu...so aku kna la buke sndr.

memandangakn hari yang mukia menjelang tiba,
aku ingin ucapkan salam aidilfitri ikhlas dari hati,
ampun maaf andai yang terluka dihati...

mggu depan hari selasa,
aku akan pulang kepangkuan yang mengasihiku.
rasa debar nak pulang tidak sehangat dlu.

mungkin kerna ada kasih dan kekecewaan yang membebankan,
tapi itu suratan untuk aku hadapi,
selagi masih ada yang sayang aku harus bangun dan kembali berlari..

aku tak mahu lg tunggu atau berjalan menanti,
kerana itu pasti tiada lagi dihati,
selamanya pergi....


salam aidilfitri....

DETIK empattigapuluhpetang....















hujan mula turun menyembah bumi hijau,
lebatnya mampu melencunkan bajuku,
kicauan si gembala kerbau,
membuatku tenang seketika terpaku...

oh begitu damai sekali,
rahmat tuhan yang tiada henti,
seluruh makhluk dapat rasai,
tiada yang terkecuali pasti...

terdetik hatiku sejenak,
mahu mencoretkan sesuatu dalam ombak,
agar ianya kembali ceria tiada selerak,
biarpun tiada yang sudi mengjengok...

alangkah indahnya dapatku berlari,
bermain dalam hujan yang dingin ini,
seperti anak-anak kecil lagi,
bermain keriangan tanpa risau dimarahi...

akur kini,
risau aku kembali demam lagi,
rentitisan hujan kotor ini,
cemarnya udara di kota ini...

kini hujan mula pergi,
titisannya tanda mahu henti,
pokok hijau megah berseri,
menyucap syukur pada ilahi..

TO BE REMEMBER.... d(~..*)b



bila itu palsu,
kurasakan sangat plastik,
kenapa ku begiTu dungu?
kerana nikmat bahgia yang sedetik...

ku termenung sendirian lagi,
memendam rindu yang tak menentu,
kasih suci yang aku nanti,
berkecai dengan tipuanmu...

terlalu mudah kau ungkapi,
seolah aku singgahan rindumu,
kasihku kau sanggup bohongi,
demi kasih lain yang kau idamkan...


adakah ini takdirku?
kenapa 3 tahunjadi ujian?
kerana lukanya aku tak termampu,
terlalu dalam luka itu ku telan...

kini baruku sedar segalanya,
kau ungkapinya kala syawal hadir,
aku pasti tiada lagi bahgia,
perlukah aku akur?

kini aku terlalu sedih,
rasa gerih teramat,
hampa,kecewa putusnya kasih,
kerna cintaku hanya sesaat...

aku mahu bangun,
mau saja lari dari sini,
lari jauh nun,
agar tiada lagi sedih dihati...

hanya satu harapanku,
kau bahgialah dengan caramu,
kerana itu kau yang mahu,
tapi bukan lagi untukku...

selamanya aku ingati,
sangat aku ditipu mati,
kerna terlalu lukanya hati,
kasihmu ini hanya simpati...

TO BE REMEMBER....

Saturday 12 September 2009

rindukannya...

.

aku masih merinduinya...
saat dimana aku sangat happy dan tiada masalah yg membelenggu...
lihatlah wajah ku yang tiada satu tanda masalah yg hadir..
seminggu aku dibawah bayu..
tiada kesesakan kota yang sibuk..
tiada kekecohan study yang mencemburui sangat2 indah aku...

bayu itu sangat tenang..
langitnya mendung bukan kerna mau hujan..
hirupan udaranya segar..
tiada jelebu yg merosak peparuku,
arghh kenapa ianya hanya seminggu???
cemburunya masa padaku..

kini aku kembali dikota yang sgt sesak dan urban..
kembali sibuk dengan sarjana muda,
busy bersama projek finalku,
thesis yang entah kemana.
neurology yang slalu mengetuk cerebellum aku...
terkesima sebentar mascular ku..
penat dgn kesibukan kota...

tapi kemana kebahgian yg aku cari itu..
kenapa ianya terlalu lambat untuk hadir??
kenapa harus ku terus menanti???
aku dah bosan dan kecewa dengan itu...
namun aku masih disini menanti..
kerana aku pasti kebahgianku
berjalan mencariku...

the day...


the day that i will never forget in mylife and the day that the first time i was in ward...
muke aku time nie sangat2 kelat...sampai nurse tu cakap aku ni hencem tapi muke masam jerrr...heheeee hencem ker???

apepun thanks to my beloved frenz yang snggup anta n teman aku semalaman kat ward...rhank rukawa kaede....

the funniest thing is, bla aku tdo malam tu kat ward tetiba aku tersedar yg tangan aku basah2..apehal plak ni??? kencing malam ker?
bla aku bagun gosok mata ternampak yg tube air tercabut dari tangan aku..tapi jarum still ade kat tangan...panic aku...darah kuar tak henti2...

trus panggil nurse datang lastly dia cakap aku ni tdo wildly..tak inagt dunia..ape taknye seharian keletihan muntah yg berpanjangan...

advise aku kat korang kalu xdapat advise dy physician don ever try to take any pills...dangerous

Friday 11 September 2009

bahgiakah aku di aidilfitri????


sepanjang hidupku 22 tahun tiada satu pun hari raya yang buat aku rasa begitu gembira....
kali ni raya datang lagi..
adakah aku mampu membuatkan ianya satu hari yg sangat happy???
ntah la, aku xpenah merasai nikmat raya...
kenapa harus jadi begini?
hari raya kan hari untuk semua dan hari yang bahgia?
kenapa jiwa ini terlalu sunyi untuk aku berbahgia...
setiap kali ramadhan yg datang aku selalu mengharap ia satu yg sangat bermakna..
aku nak lalui dengan penuh sempurna..
tapi pelbagai halangan dan kekecewaan yang hadir pada diriku..
setiap insan yang care pasal aku terlalu risau akan aku tidak bahgia..]
jiwa aku kosong aku senyap aku diam aku terkesima kesorangan..
ya tuhan pimpinlah daku yang lemah ini megharunginya dengan sabar...
cemburu sangat bila melihat insan lain dapat bahgia bila time raya...
nak jugak macam tu...knape xder?
mungkin bahgia itu ada tapi tidak aku expressi kan...
mungkin selepas ini tidak mahu aku pulang beraya...
aku mahu sendirian di pulau yg tiada satu event raya yang disambut...
tiada saper yg dapat menghubungi aku..
aku mahu sendiriann.
aku sepii...
laut mungkin itu yg dapat tenangkan aku..
dimana harus aku mencari kebahgian yg dapat buat aku bahgia sama2 tanpa kecewa??
tanpa air mata lg...
aku mahu gembira...aku tidak mampu mengexpressi gembira itu...
terdiam nya aku ibarat musafir yg tiada arah tujuan...
kadang2 aku rasa sangat hambar bila org yang aku syg tidak mampu buat aku bahgia..
tapi inilah lumrah hidup 22 tahun aku..
tiada siapa mampu membaca fikiran aku dan memahami aku..
setiap tindakan aku buat atas dasar aku sndr...
ya tuhan tolong laah daku kali ini...biarlah kebahgian itu kembali ceria..
sebelum mata ku tertutup..
ingin aku bahgiakan semua org yg aku sayang..
biar diorang tau yg aku sgt appreciate mereka n sayang mereka....
ya tuhannn..

the kick of benflourex hydrochloride 150mg

because i wanna to decrease my stress level upon break my fasting i took 4 tablet of anti-depression...frankly!!!! those night i got insomnia and cannot sleep the whole night..luckily in didn't fall faint/coma....my beloved frenz ask me to rest a lot and try to close my eye...when i try there a buzzing sound in my head..arghhh it hurting...my body became totally weaken n cold suddenly until the morning...

today i go for doctor n he give me an additional water thru tube....is also hurting...
to nite im still worried to have a sleep..migrain of course always by my side....

such sucidal!!!! legally take without an advise from physician...anyway that the first and the last im taking anti depression..after these quran and solat sunat will be my anti-depressionn..no supplement pill anymore..im scared to have it.....

Saturday 5 September 2009

oh neurology......


neurologi,
satu cabang biologi,
amat sekali ditakuti,
hampir semua student biologi....

"you know ur capability",
"you know your possibility",
slalu jer d ungkapi,
bila ader yg gagal lagi...

kuiz test slalu bagi,
student study sampai pagi,
why fail ni,
bukannya xstudy...

buku reference tebal seinchi,
note lecture xbagi,
student tangkap sendiri,
guna hpon la apa lagi...

blaja pasal otak mmg diminati,
mcm budak medic ni,
bukan susah nak fahami,
tapi xde kesedaran diri...

gagal mmg x di ingini,
dh hampir graduate ni,
bila dah sampai tahap ni,
mcm ni plak yg menanti...

lecturer seolah cakap sndiri,
studnt buat2 faham sendiri,
dalam otak aper lagi,
buat la puisi...

kalau tau aku jd mcm ni,
tak aku pilih biologi,
fizik best lagi,
ape nak buat dh ni yg di bagi...

nak ponteng jagan sekali,
satu markah kna tolak nanti,
kalau xde mc,
jgn harap dapat lari...

hanya doa pd ilahi,
agar lulus suka hati,
dah xsabar nak grad ni,
boleh la kerja pasni...