Sunday 8 November 2009

Aku tahu aku


Aku tahu aku

Seorang yang sangat tabah

Tabah belajar dari pengalaman

Pengalaman hitam yang mengha

ntui hidup

19 tahun yang dulu

Kini aku tegar berdiri, sendiri

Tanpa kasih tanpa sayang

Minda anak dera ini

Hanya tertanam satu impian

Impian membahagiakan

Ibu tua yang berkorban

Berjuang demi anak tersayang

Tanpa mengenal lelah

Aku tahu aku hebat!

Aku mampu hidup berdikari

Tanpa Mengharapkan bantuan yang lain

Kerna aku tahu makna erti hidup

Segalnya aku sendiri, berjuang

Demi masa depan yang aku ingini

Masa depan yang membahagiakan ibuku

Demi janji pada diri sendiri untuk keluarga

Aku anak lelaki

Yang sangat degil dan segalanya diatas tangan sendiri

Ibu tua tidak pernah mengongkong

Demi melihat anak degil berdikari memutus baik dan baik

Aku tahu aku mampu

Membahagiakan hidupku dan kelurga

Mengecapi segala peluang tanpa rasa takut

Tanpa bergantung pada sesiapa

Aku tidak pilih jurang ini

Tapi aku mahu mencuba sejauh mana jurang ini

Aku terjerumus kini tapi aku tetap ingat

Janji diriku

Aku kini berenang keluar dari jurang hitam ini

Ya Tuhan bantulah aku

Agar aku berjalan kini di jalanmu


Tanpa sesat sesaat

Bukan aku pilih jurang ini

Ia hadir kala memerlukan aku

Namun aku terlanjur jatuh kedalam

Kini didasar penuh luka dibenak

Aku harus bangun mendaki kembali

Bukan aku untuk putus asa

Aku tahu aku mampu

Walau itu sangat sukat dan penuh derita

Aku janji aku,

Keluar dari jurang ini dengan segala tanpa kalah

Untuka aku kembali hidup bahagia

Tanpa cinta dusta!

Hari ini azam aku yang baru

Tak mungkin jadi kelabu

Citarasa aku menggunung

Agar hidupku terus ceria tanpa dicemari habuk dosa

Lagi...


...

No comments: