Sunday 8 November 2009

Le La Key



Le La key

Lelaki tulen. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai
lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak
bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta
kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu
melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air
mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang
kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak
pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan
lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang
teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila
berjanji.

Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta
berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya
kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki
oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa
yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang
kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila
menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila
menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau
cemas.

Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa
merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar
cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang
produktif.

Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat
kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau
minum arak.

Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta
pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak
menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa,
wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan
kasihnya itu.

Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi
cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

1 comment:

Ct Fariza said...

ko lelaki yg mane satu?