Tuesday 3 November 2009

Jika Pada Akhirnya


Jika luka dan kecewa akan menjadi masa lalu pada akhirnya
Mengapa mesti dibiarkan meracuni jiwa
Sedang ketabahan dan kesabaran adalah lebih utama

Jika kebencian dan kemarahan menjadi masa lalu pada akhirnya
Mengapa mesti diungkit sepenuh jiwa
Sedangkan memaafkan dan menahan diri adalah lebih satria dan berpahala

Jika cinta akan menjadi masa lalu pada akhirnya
Mengapa meski ingin memiliki dan selalu bersama
Sedang memberi akan lebih banyak menuai makna

Jika hidup akan menjadi masa lalu pada akhirnya
Mengapa mesti diisi dengan kesia-siaan belaka
Sedang ketegaran akan lebih indah dikenang nantinya

Jika kesedihan akan menjadi masa lalu pada akhirnya
Mengapa tidak dinikmati saja
Sedang ratapan dan tangisan tak mampu merubah apa-apa

Jika kesalahan akan menjadi masa lalu pada akhirnya
Mengapa mesti tenggelam di dalamnya
Sedang taubat itu lebih utama

Jika harta akan menjadi masa lalu pada akhirnya
Mengapa mesti ingin dimiliki sendiri
Sedang kedermawanan itu akan melipat gandakannya

Jika kegagalan akan menjadi masa lalu pada akhirnya
Mengapa mesti menghantui jiwa
Sedang usaha dan ketabahan justeru menghadirkan manfaat

Jika kekurangan dan kelemahan akan menjadi masa lalu pada akhirnya
Mengapa mesti terus disesali
Sedang bersyukur akan menambah nikmat dan kekuatan

Lakukanlah yang terbaik sekiranya dapat kau lakukan
Kerana waktu dan kesempatan tidak datang dua kali

No comments: