Monday 1 March 2010

EmPaTbeLaS....



hurm...........
pepagi buta dah aku mengeluh bila bgn dari tido pagi td..
apepun perlengkapkan diri aku dengan kewajipan dlu..solat subuh..
"Ya Allah murahkan lah rezeki hambamu ini" terungkap dalam doa..

beratnya langkah aku menapak menuju ke lapangan....
biarlah aku menggelarkannya lapangan kerna disinilah aku belajar erti berdikari
ahah..aku memang selama ini berdikari menyara hidup sendiri,
tapi sebalik apa yang aku lalui ada lg perkara yang aku perlu tahu dan lalui..

luruh rambut aku satu persatu,
hair fall control wouldn't do..
heheh kalau ikutkan dah takut aku akan kehilangan rambut
tapi kata mereka itu tanda jauh berfikir

memang aku jauh berfikir, ye 14 hari lagi akan ku lalui saat2 manis ni..
entah kemana lagi arah tuju aku selepas ini.
pada aku segalanya belum pasti!
segalanya masih tergantung terapung
antara mahu tenggelam atau terus timbul

ya doaku agar aku terus timbul,terus bangun mendaki impian
sesaknya nafas aku memikirkan semua ini..
apa strategi aku? apa yang aku perlu buat sekarang ni??
apa yang pasti aku xkn terus berhenti, aku akan terus berjalan meredah segala onak yang ada di hadapan aku...

peritnya menanggung beban dibahu
oh tidak jgan sekali mengeluh kerna aku tahu
itu yang aku nakkan selama ini
kembali pada tujuan aku yang satu....

apa pun aku harus bertindak pantas menempuh segalanya
menempuhi laluan yang penuh liku disebalik mengendong
tanggungjawap yang aku perlu laksanakan
itu tujuan yang sebenar...

No comments: