Monday 28 September 2009

Puitis buat mu….



Puitis buat mu….
Sekian lama kau ku kenali,
Tak pernah ku kau kecewakan,
Sungguh indah hidup ditemani,
Inilah indah hidup diidamkan…

Sakit tangisku Selalu kau pujuk,
Tak pernah mahu melihat kesedihanku,
Kecerianmu jadi penyejuk,
Andai duka datang menyerbu…

Dimana saja ku kau jaga,
Setiap satu mesti dikira,
Agar ku kau lihat gembira,
Baru Terukir senyumu dimuka…

Pahit manis kita tempuhi,
Getir hidup kita robohkan,
Tiada sedikit dengki dihati,
Sehingga ada yang cemburukan…

Cemburu,
Selalu saja ada dihati,
Kadang diri terkeliru,
Mahu diri lebih disayangi…

Sayangnya diriku padamu,
Tidak pernahku ragui,
Ikhlas dihati tiada jemu,
Meniti kebahgian yang menanti pasti…

Bahagianya hidupku,
Ada yang mahu sayangi,
Tiada lagi yang kuragu,
Andai ia ikhlas dihati…

Selamanya ku terhutang budi,
Dengan kasih yang diberi,
Akan ku balas satu hari nanti,
Agar kau selalu dihati….




Kerna kau ku sayangi,
Kau juga begini,
Saling membalas kasih diberi,
Inilah kasih yang dirahmati…

Selanya kau ku cintai….




No comments: