Sunday 13 September 2009

DETIK empattigapuluhpetang....















hujan mula turun menyembah bumi hijau,
lebatnya mampu melencunkan bajuku,
kicauan si gembala kerbau,
membuatku tenang seketika terpaku...

oh begitu damai sekali,
rahmat tuhan yang tiada henti,
seluruh makhluk dapat rasai,
tiada yang terkecuali pasti...

terdetik hatiku sejenak,
mahu mencoretkan sesuatu dalam ombak,
agar ianya kembali ceria tiada selerak,
biarpun tiada yang sudi mengjengok...

alangkah indahnya dapatku berlari,
bermain dalam hujan yang dingin ini,
seperti anak-anak kecil lagi,
bermain keriangan tanpa risau dimarahi...

akur kini,
risau aku kembali demam lagi,
rentitisan hujan kotor ini,
cemarnya udara di kota ini...

kini hujan mula pergi,
titisannya tanda mahu henti,
pokok hijau megah berseri,
menyucap syukur pada ilahi..

No comments: