Monday, 28 September 2009



Good boy goes bad.

Good boy goes bad. Bila seorang yang baik mula mengenal erti jahat.
Hidupnya penuh dengan pegangan, jahat itu neraka, baik itu syurga. Tak terdetik ingin melakukan kejahatan, tapi selalu bertindak nakal. Jahatkah dia? Bukan!!! Tapi dia hanya nakal. Nakal itu lumrah hidup, siapa2 pun bertindak nakal. Ada manisnya andai nakal, tapi ada jua keburukan menantinya.

Hidupnya dulu penuh keamatan, penting diri menuju kejayaan. Yang kini membawa dirinya di gadingan. Bersyukur, doa bakal jadi kenyataan. Hidup mula berpegang teguh, asal mahu semua jadi. Tidak pernah sesekali mengaku mahu menundur diri dari apa yang dimahunya. Walau tahu itu bukan pasti.

Semua itu mula pergi, pergi bukan kerna dia putus asa tapi pergi kerna kelalaian dan keghairahan dia dengan keseronokan dunia yang hanya janjikan kebahgiaan dan keseronokan yang sementara. Seronoknya itu umpama segalanya ada segalanya happy seolah tiada apa yang mampu menghalanginya, bermain bersuka menangis segalanya dipenawarkan. Penawar itu mulakan langkah mahu berteman jauh dari yang akil. Menjaga, menyayangi, berkasih. Namun dia sambut akan keikhlasan penawar hulurkan, mula merobek dinding pegangan yang tidak pernah runtuh dek godaan. Tak roboh pegangan itu, tapi di biar bersawang berabuk sendiri.

Kini hidupnya bukan lagi macam dulu, kebahgian yang penawar bagi itu hanya sekadar penyubat sunyi penawar. Penawar adalah ubat yang mampu mencari setiap satu sakit yang mahu ia ubati, kini dia temui apa yang dia mahu ubati. Tinggallah dia sendiri terkapai-kapai tanpa tahu apa yang mahu dibuatnya. Hilang gantungan kasih, sayang yang tak sampai tak disahut. Tergantung tanpa bertali, sesak untuk berjalan keluar. Sesat di pertengahan rasa.

Takutnya kini semakin memuncak, takut? Takut akan hilang penawarnya, hilang kasihnya, hilang rindunya dan hilang permata yang ada di hati. Mahu sahaja dia pergi jauh tanpa melihat mendengar suara penawar. Tapi itu tak mampu untuknya, kerasa rasa saying itu masih ada masih mahu disayangi. Aduh parah hidupnya sekarang, apa yang dia mahu buat kini. Tiada yang mampir membantu.

Tiada siapa yang mampu memahami apa yang tersurat di hati, ibu family dirahsiai. Risau mereka bawanya pulang dan dia mungkin jauh nanti. Arghhh… dia mesti buat sesuatu anta masa depan atau mimpi ngeri yang selalu buat hidupnya ngeri dan ketakutan. Budak baik yang jadi jahat bukan atas kehendaknya, mungkin ini ujian dari ya ilahi yang mahu menguji ketabahan dan keikhlasan dia berjuang untuk masa depan dia.

Budak baik jadi jahat, kau mapu menjadi baik semula. Sinar tu ada dihadapan, tuhanmu mahu membantumu membimbingmu tuju kejayaan. Tabah ya budak mahu jdi baik kau mampu buat itu terjadi okey.

p/s : diakui memang sukar nak memahami artikel diatas.

1 comment:

C.H.A said...

err..
ni mesti dapat A++ untuk sastera melayu ni..
syabas inspector sahab..
*lost track saya membacanyer..*..T_T